| Wildan
diasaskan pada peringkat awalnya hanya sekadar untuk memenuhi permintaan
semasa yang mahukan irama nasyid ini sebagai alternatif hiburan
kepada masyarakat.
Di samping itu, ianya dijadikan platform untuk
bergerak di dalam aktiviti-aktiviti NGO yang memerlukan banyak penglibatan
insan-insan serba boleh bagi menangani program-program yang dianjurkan.
Pada akhir tahun 2002, Wildan diberikan kepercayaan untuk merakamkan
sebuah album amal yang dibiayai sepenuhnya oleh Akademi Bina Insan
(ABI) menerusi syarikat Mind & Soul Edutainment.
Album Kau Istimewa yang disempurnakan dalam tempoh sebulan itu akhirnya
diterima oleh para peminat nasyid tanahair bilamana beberapa rangkaian
lagunya kerap dimainkan di stesen radio tempatan terutamanya di
Radio IKIM.fm.
Dengan mempertaruhkan lagu-lagu seperti Di
Pusara Bonda, Bahtera Kasih, Impian Hati dan Kasih Sayang, Wildan
cuba meletakkan diri sebagai salah sebuah kumpulan nasyid tanahair
yang dikenali ramai
|