KONSEP MUZIK
Oleh:: Zaidie_Wildan
Album Setia ini lebih menonjolkan konsep muzik yang agak sederhana. Berlatar-belakangkan pop balada, muzik yang agak sederhana ini mampu dihayati di sebalik liriknya yang berlapis. Mengenengahkan komposer yang baru dan lama sebagai penyusun muzik dan diharapkan mampu mengangkat persoalan yang cuba diketengahkan.
---------------------------------------------------------------------
KONSEP ALBUM
Oleh:: Zaidie_Wildan
Album Wildan masih mengekalkan konsep albumnya yang terdahulu iaitu konsep bercerita (story-teller). Menerusi album Yang Bernama Cinta ini, Wildan cuba menyelami perit getir seorang insan mencari cinta sejati. Memaparkan pelbagai genre cerita kehidupan masyarakat di sekeliling kita, diharapkan mampu memberikan inspirasi insan untuk berubah.
---------------------------------------------------------------------
SASARAN
Oleh:: Zaidie_Wildan
Sasaran album ini adalah para remaja dan golongan dewasa kerana mereka adalah generasi yang telah menerima genre nasyid ketika mula diperkenalkan oleh kumpulan Raihan pada awal tahun 1996. Justeru itu, susunan lagu dan muzik diselaraskan secara sederahana agar ia mudah diterima oleh setiap golongan.