“Aku
pernah ditakdirkan berjuang sendirian untuk sekalian lamanya.
Sehingga minda dan jiwa ini menyatakan bahawa aku akan terus sendirian
untuk selama-lamanya.Tawa tangis ku hanya Tuhan saja yang tahu.
Menyeberangi lautan yang tak bertepi dan dihempas badai bagai
tiada belas kasihan. Namun kehadiran mu di dalam bahtera perjuangan
ini bagaikan meringankan galas beban yang tersangkut di bahu ini
selama ini. Dan takdirnya kita telah bergerak dan terus mara ke
arah destinasi yang kita impikan dengan segala kepayahan, bersama.
Dan kini, jerih perihnya mula terasa. Kita harus terus bersama
untuk mengejar mimpi yang masih belum direalisasi. Nun, jauh di
sana ada tangan yang tergapai memohon simpati, dan sedia menanti...
” ZAIDI :: 2007