“Aku
pernah ditakdirkan berjuang sendirian untuk sekalian lamanya.
Sehingga minda dan jiwa ini menyatakan bahawa aku akan
terus sendirian untuk selama-lamanya.Tawa tangis ku hanya
Tuhan saja yang tahu. Menyeberangi lautan yang tak bertepi
dan dihempas badai bagai tiada belas kasihan. Namun kehadiran
mu di dalam bahtera perjuangan ini bagaikan meringankan
galas beban yang tersangkut di bahu ini selama ini. Dan
takdirnya kita telah bergerak dan terus mara ke arah destinasi
yang kita impikan dengan segala kepayahan, bersama. Dan
kini, jerih perihnya mula terasa. Kita harus terus bersama
untuk mengejar mimpi yang masih belum direalisasi. Nun,
jauh di sana ada tangan yang tergapai memohon simpati,
dan sedia menanti... ” ZAIDI :: 2007